Saturday, November 19, 2011

Cerita Tanah Kubur (Serius Lawak!)

Johan dan Zizan baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Related Posts with Thumbnails



Johan dan Zizan (bukan nama sebenar) baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Johan dan Zizan bersuara “Fuuufff…terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje“.

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: “Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!

P/S: Sedarlah yang kita semua akan mati dan masuk ke dalam kubur. Beramalah sebelum terlewat. Akan tetapi, walaupun telah putus semua amalan kita tatkala kita mati, tetapi ada 3 amal yang masih berjalan, iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariyah kita. Hari ini, amal apa yang telah kita buat untuk kehidupan akhirat?

sumber