Tuesday, June 28, 2011

Pengukir buah-buahan catat rekod


ini gambar search dekat google jer..
BANDAR BAHARU: Seorang pemuda, Shahril Akhzan Ahmad mencatat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai pengukir buah-buahan setelah membuat 102 ukiran pada pelbagai jenis buah-buahan dalam masa 24 jam tanpa henti malam tadi.
Shahril Akhzan, 27, mempamerkan kepakaran membuat ukiran itu pada Karnival Juara Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu yang berakhir di sini malam tadi.

Wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman menyampaikan sijil kejayaan Shahril pada majlis penutup karnnval itu yang disempurnakan anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Shahril Akhzan dari Kampung Bagan Samak yang menjalankan perniagaan katering merupakan lulusan Institiut Baitulmal Cheras, Selangor.

Selain mahir dalam bidang kulinari, beliau juga boleh mengukir pada pelbagai buah-buahan yang digunakan sebagai hiasan majlis jamuan, katanys yang pernah bekerja di Hotel UiTM Shah Alam dalam bidang kulinari.

One Response so far.

Leave a Reply